Diam & Sepi
Diam dan sepi itu berbeza.. Punya maksud yang berbeza. Ya hari-hari ku hanya sepi dan memilih diam. Kerana hati ku hilang. Hilang bersama kisah yang lalu.. Ada orang yang merana kerana ditinggalkan memilih untuk diam dan hidup menyepi. Kerana itu adalah cara untuk dirinya kembali pulih. Diam tanpa kata. Sepi tanpa teman. Tapi diam diluahkan dengan tangisan & sepi ditemani dengan esakan. Ada orang yang memilih untuk diam bila marah dan kebencian ada dalam jiwa. Mungkin kerana perasaan itu sudah tidak mampu dihapuskan dengan tindakan. Biar ia kekal. Sekadar memaafkan tapi tidak melupakan. Tapi sepiku dan diamku kerana aku sudah terlalu terluka dengan segalanya... Jiwaku hilang perasaanku kosong.. Semoga Allah SWT memberiku rasa untuk tenang & bahagia dengan caraku.. 7.6.2020 Ahad RJ